Wednesday, 4 November 2009

dangdut

Category: Life
kerana nak tukis tentang dangdut.. jadi satu malam tu masuklah ke sebuah kelab dangdut nun jauh di negeri hang tuah... waw..waw..waw.. kuss mangat.. goyang-goyang pinggul mengasyikkan.. pengunjungnya? la... jantan ke lelaki ye.. lelakilah..lelaki dalam lingkungan 40an hinggalah 60an...x da yang nampak macam sakit lutut lemah sendi.,sakit pinggang,.semuanya segar ...borak punya borak jumpalah ce mat.. boleh tahan gak rupanya.. baru 59 tahun.. kerja sendiri.. katanya dia kena masuk dangdut dulu sebelum blik ke rumah.. nak segarkan badan dan minda selepas penat kerja di pejabat..kalau terus balik serabut... boleh pendek nyawa cepat. sebabnya? perempuan kat dangdut wangi-wangi.. segar bugar dan fresh., bini kat rumah dah layu.. di tambah pulak bau hancing kencing cucu hehehe...ce mat kata dia cemburu dengan kucing siam kat rumahnya.. bila-bila masa saja bini boleh belai... , boleh cium penuh kasih sayang,tapi bila dia usik bini sikit cepat-cepat bini tepis... malulah kat cucu...jadi ce mat ke dangdut.. lehlah belai-belai mana yang patut.jumpa lak pak akub, terasa macam nak berguru dengan tok guru silat, belajar mmenepis tangannya yang tak habis-habis nak merayap..masaalah pak akub sama jugak dngan ce mat..kat umah baru je tangan nak merayap kat perut bini..la.. cucu lak dah sampai dulu kah..kah..kah.. kat dang dut nak merayap kat mana pun tak da tangan lain yang sampai.so.. pada perempuan-perempuan diluar sana... nak salahkan sapa bila laki dah mula melangkah ke dangdut? tapi anak-anak sekarang ni pun satu.. bagilah peluang ayah tu nak manja-manja dengan mak.. mak dah penat bela kamu dulu, pandaibuat anak pandailah jaga... janganlah nak suroh mak gak jaga..dah si ayah merajuk, rasa terpinggir.. lelaki umur dah senja ni kalau merajuk teruk woii.. ngalahkan budak-budak kecik. cubalah belajar berdikari.. jangan nak terus duduk bawah ketiak mak je... dan mak-mak pun tegaslah sikit dengan anak.. janganlah sayang kan cucu lebih-lebih sampaikan suami terkelip-kelip sorang pandang cicak di dinding...cucu tu bila dah besar sama macam anak awak juga.. x da nak belai awak 24 jam... awak pulak nanti yang terkelip-kelip mandang cicak... cucu x da, anak xda..laki? dah bukak cawangan lain.

No comments:

Post a Comment