Friday, 6 November 2009

Tabiat Manusia

Allah menjadikan manusia ni dengan akal fikiran yan secukupnya...tapi entahlah, kerana sesuatu yang kecik je .boleh jadi penyebab berlakunya selisih faham yang berpanjangan...ada saja yg x kena dn salam dimata mereka-mereka yg sempit fikiran ataupun sengaja disepitkan.
ape ye yg aku merepek nie?
ialah.. pasal nak tubuhkan jbm, buat persatuan penduduk di kawasan perumahan yang aku duduk tu... persatuan tu baik, boleh dimenafaatkan buat kemudahan penduduk, tapi ada sahaja yang kata cam nielah..cam tulah.. x faham betul, padahal waktu org tu pegang jawatan sebelum nie banyak benda yg entah apa2 dia buat...
susahkan bila semuanya nak merasa jawatan pengerusi tu... megah sangat ke? ini kerja kebajikan lah oii... kadang duit poket sendiri yg keluar.. x de megahnya, tapi apa hal lah yang nak di rebutkan sangat.
biarlah kita nie jadi pengikut saja..mana yang baik kita ikut mana yang tak bolehkita terima, kita tegurlah dengan baik... janganlah kerana perkara yang kecik mecik nie..membawa kerosakan pada keseluruhan persatuan tu...
awaslah denganhasutan syaitan yang sentiasa menunggu untuk meporak perandakan manusia tampa kita sadar.ini mengingat saya ada satu cerit dari arwah nenek...
alkisahnya..
satu hari syaitan menaburkan gula dilaman rumah seorang haji...bila dah ada gula..datanglah semut...bila ada semut..datanglah ayam yang syok nak makan semut. la.. lepas tu datanglah anjing jiran sebelah, okak ayam tu... marahlah pulak pak aji tuan ayam tu, balingnya anjing, tuan anjing pun marahlah... berlakulah pergaduhan...setan ketawa... leahnya iman mereka..aku tabur sikit aje gua..
jadi... awaslah bila ada ayat2 manis tu... bukan semua yang manis tu betul2 manis...lagi pun x elok manis2 nie..kang kena kencing manis la.. ken lak potong kaki...an masaalah tu...
hai.. itulah hidup.. kita bukaklahminda kita.jangan sempitkan otak kita nie ye...

No comments:

Post a Comment