Sunday, 15 November 2009

abah..sijangkang dan aku...

Entah kenapa tetiba je teringatkan kampung halaman ku sijangkang...aduhai rindunya tidak terkata....tetapi siapakah lagi yang akan menyambut kepulanganku dengan penuh kasih mesra, dengan penuh cinta dan kasih sayang?
sejak pemergian ayahda tercinta , suhadis haji abu bakar..aku sudah kehilangan segala-galanya, kasih sayangnya, gurau sendanya dan sokongannya...dia adalah segala-galanya buatku...dialah nadi perjuangan hidupku selama ini...dialah tunggak utama aku boleh berada di tempatku berdiri saat ini....
aku ingat lagi, kali pertama karya ku tersiat dimajalah kisah cinta.."Pulang" tajuknya,waktu tu pangkat mak saudara, Arifah haji hamah memberitahu, abah terus kekedai membeli majalah tersebut...lepas tu dia beli semua majalah tu.. dia bangga dan seronok memberitahu kawan-kawan dan sudara mara yang cerpinku tersiar di majalah....
abah bukannya jenis yang suka bercampur dengan orang, tapi org selalu cari dia untuk mintak nasihat, selain untuk membetulkan kereta dan motor kerana ayah seorang makenik yang belajar melalui pengalaman.wakil raayat pun, masa tu encik Kamil datang kerumah mintak nasihatnya...dia x suka pergi mana2 perayaan, dia x suka pergi kenduri kahwin...tapi masa buat pertama kalinya aku berlakun pentas, abah datang menengok memberi sokongan....
aku banyak melukakan hatinya walaupun dia tetap sayangkan aku menagatasi yang lain.aku tidak akan jumpa lagi lelakiyang kasihnya semurni padaku seperti abah...abah adalah segala-gslanya bagiku...malah saat aku melangkah kaki meninggalkan kampung halaman...abah jumpa bomoh untuk dia dapat melupakan aku dan menerima kenyataan aku sudah pergi meninggalkannya.
sayangnya saat novelku berada dipasaran dia sudah tidak ada, saat gambarnya ku abadikan dalam buku motovasiku dia sudah lama meninggalkan aku, malah saat kali pertama aku menggenggam hadiah kerana kejayaanku dalam dunia penulisan dia sudah tidak ada lagi...dan aku pun sudah semakin terasing dari ingatan semua penduduk kampungku...
sijangkang..kau pernah memiliki aku...seorang anak terbuang yang kau kutip dan membesar di dalamnya, di situ aku mengenali kehidupan dan deras nadiku terus hidup bersamamu..akuntidak pernah melupimu walau sedetikpun, semua kenangan di dalamnya adalah enemankkkku yang terkontang kanting sendirin menempuhi hidup ini saat ini...hari ini sekali lgi..aku dinobatkan sebagai penulis yang berjaya....tapi apalah ertinya tampa abah dan sijangkang...

No comments:

Post a Comment