Friday, 11 December 2009

salahkah aku?

Lapan bulan lalu, aku menerima pelawan seorang lelaki USA, bujang 47 tahun. luahan perasaannya ku tolak dengan baik kerana aku sama sekali tidk akan menerima lelaki bujang walau setua manapun.

Tidak adil bagiku, kerana dia mesti mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri. walaupun dia kata itu bukan keutamaannya, tapi aku tidak mahu mengubah pendirianku. aku akui dia sangat baik jika dibandingkan dengan lain-lain yang datang.setengahnya ..bukan main pandai mengatur kata. pelik kan baru kenal sehari dua dah curah perasaan, aku memang tidak percaya dengan cinta internet, tampa jumpa, tampa tengok dengan mata kepala dah bercinta setengah mampus.

berbalik pada kawan aku nie- biarlah aku namakan dia DELMO,bagitu meminanti islam , aku katakan datang ke malaysia dan boleh belajar. betul dia datang, dengan kesungguhan dan masih mengharap, namun kemudiannya dia akur dengan prinsipku. aku kenalkan dia dengan seorang rakan ku-andartu...sejak jumpa pertama kali, kawanku bukan main jatuh cinta lagi...lalu aku pujuk delmo untuk menerima kawanku, dia masih anak dara...masih boleh berikan delmo anak seramai yang boleh...akhirnya delmo akur. dan akulah yang merancangkan semua majlis, merisik, bertunang dan sebagainya..
nikah dimasjid negara jam 2 petang, sebelum ke majlis nikah, jam 12 delmo memelok aku erat. dia menangis sungguh-sungguh.katanya hanya aku dihatinya..dia tidak akan mampu melupakan aku, kerana sejak awal lagi aku adalah matlamatnya.

aku meminta dia terima qada dan qadar allah, kerana aku tidak akan melanggar prinsipku, memang aku akui, kalau bukan kerana pendirianku, delco adalah calon suami terbaik yang aku idamkan.maka majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya. selesai sahaja pernikahan, tetiba teman baik ku menarik suaminya dan membawa kedepanku.aku menyambutnya gembira sambil mengucapkan tahniah...

" sayang, boleh bagai tau saya sekarang, bagaimana perasaan u pada mira? " aku terkedu dengan pertanyaannya, delco memandangku dan merenung isterinya.
"kalau i sukakan dia, i tak kahwin dengan u..."
"betul nie?' tanya isterinya macam tak puas hati..
" mira bukan jenis perempuan yang aku inginkan untuk aku habiskan seluruh hidupku dengannya .." suara delco tersekat-sekat.
aku faham. dia marah , aku faham dia kecewa.
"dengar tu mira, mulai sekarang anggap sahaja kita tak pernah kenal...tinggalkan kami sekarang dan aku tidak mahu melihat kau lagi dimajlis seterusnya"

demi tuhan saat itu aku seperti hilang nyawa... aku sama sekali tidak menyangka kawan baik yang aku sayang macam adikku sendiri sanggup berkata bagitu.
kalau aku mahukan delco..dia masih tidak bersuami sampai saat ini......
dan aku melangkah kaki keluar dari masjid negara dengan doa dia akan berbahgia.
aku ke serawak. sedikit sebanyak hatiku sangat luka...nilai persahabatan tidak langsung dia hargai....
sampai kesaat ini delco masih cuba menghubungi aku....nampaknya aku kena tukar no hp lagi.....

1 comment:

  1. keputusan mu itu memang mulia sebagai seorang kawan, demi masa depan delco dan keturunannye. tapi kurang bijak menjodohkannye dengan sahabat baik mu biar die telah kau anggap sebagai adik sendiri. kerana dia telah menampakan akan kekurangan EQ nyer apabila saja die mula mempunyai seorang suami..
    dan keputusan mu untuk menolak delco yg masih bujang adalah satu perkara yg benar. mungkin suatu ketika delco akan perlukan sesuatu yg die tidak terpikir perlu diwaktu die sedang giler mencintai mu.
    syabasss Mira.

    ReplyDelete