Sebetul dan sejujurnya sebelum ini , aku langsung tidak mengenali siapakah manusianya yang bernama JOKO ANWAR ini. dan ketika aku mendaftar untuk mentyertai Masterclass screenwriting yang akan di terajuinya hati aku lalu asyik bertanya siapakah ini?
namun kemudiannya, selama lima hari berada di dalam klass yang di adakan di FINAS, aku mulai kagum dengan karya-karyanya, ketika JANJI JONI ditayangkan sumpah aku terlelap- bukan kerana tidak menarik tetapi aku amat penat dan pening kepala. namun dalam hati , mula terdetik.. jenakanya sangat menarik -ceritanya ttg realiti kehidupan sangat jujur-sejujurnya.
dan ketika hari ketiga di tayangkan KALA, kali ini aku benar-benar cinta....dengan ceritanya. ternyata KALA sangat mengujakan aku-mungkin kerana genre ini sangat menarik minatku- kisah pencarian harta bapak presiden Bung Karno. Anak muda ini punya fikiran yang sangat bagus untuk menjadi pembikin filem yang keluar dari kepompongnya, pembikin filem yang tidak terikat dengan satu genre sahaja, yang dapat melihat dan berani membuat kelainan dan tidak terikat dengan hukum hakam bagi mewujutkan keujudan sebuah filem namun masih mampu memberi satu kelainan dan kepuasan dgn cerita yang padat dan tidak meleret entah apa-apa.
tiap sence mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri tidak merapu dan mampu digarap dengan amat baik sekali. Bagitu juga dengan FIKSI- sebuah karya yang membuat kita mampu menekuni dari mula hingga akhir untuk mengetahui apa-ini dan bagaimana selepas ini- perasaan marah, benci simpati, jijik dan geram pada watak utamanya berjalan seiring dengan perjalanan cerita itu sendiri.
Dan tadi kami disajikan dengan PINTU TERLARANG- aduh...saya memandang wajah anak muda itu sambil dalam hati.. aku pingin banget mampu menulis bagini..seperti pintu terlarang ini yang sangat kemas halus dan punya kekuatan besar pada watak utamanya....malah bagi saya keberanian JOKO menggarapnya sebagai penulis dan sutradara sangat jujur dan diterjemahkan dalam visual yang sangat menarik dan menyentuh nurani bahawa semua manusia di dunia ini masih terikat dgn ketentuan bahawa jika kita tidak mengubah nasib kita tak siapa yang boleh mengubahnya.
lalu..dibahuku tergalas satu beban yang harus dan akan ku cuba untuk melaksanakan, bila JOKO percaya sinopsis yang ku jadikan pelajaran dalam kelas ini... kisah tentang hantu raya menarik minatnya dan katanya jika digarap dengan sebaiknya ianya mampu pergi jauh.sahinggakan setakat ini sudah ditunggu oleh tiga penerbit yang berminat. lalu mampukah aku mentafsir segala ilmu yang telah JOKO ANWAR berikan untuk aku menyudahkan naskahku dan mampukah aku memegang gelaran murid JOKO ANWAR ?
syabas JOKO.
No comments:
Post a Comment