subhanallah, terfana aku ketika mobil mula membelok pada kelok-kelok dalam perjalanan ke danau maninjau yang dikenali juga sebagai danau bujang sembilan, yang terletak di Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatra Barat, Indonesia. Danau dengan luas sekitar 99.5km dengan kedalaman mencapai 495 meter ini merupakan danau kesebelas terluasdi Indonesia, dan kedua terluas di Sumatra Barat.sungguh, bagitu hebat ciptaan allah mengatur dan menyusun alam yg terbentang luas ini...
kononnya ratusan tahun dahulu, Danau Maninjau atau dikenali masa itu sebagai gunung Tinjau, merupakan gunung berapi yang di puncaknya terdapat sebuah kawah yang luas. di lerengnya ada perkampungan petani yang mengerjakan sawah dan bercucuk tanam. termasuklah sebuah keluarga yang sudah kematian orang tua mereka, Kesepuluh orang bersaudara tersebut adalah Kukuban, Kudun, Bayua, Malintang, Galapuang, Balok, Batang, Bayang, dan lelaki termuda bernama Kaciak. Sementara adik mereka yang paling bungsu adalah seorang perempuan bernama Siti Rasani yang mereka panggil suri. mereka di bawah pemerhatian pak cik mereka bernama Dato limbatang seorang penghulu dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Giran.
ditakdirkan giran jatuh cinta dengan suri, percintaan ini di restu semua keluarga, hanya menantikan selepas musim menuai mereka akan disatukan.
selepas musim menuai, ada pertandingan pencak silat, masing-masing menunjukkan kekautan dan kepakaran, namun tak siapa pun yang dapat menandingi Kukuban.Kukuban kemudiannya minta giran bertanding kekaqutan dengannya, mulanya giran menolak, namun kemudiannya menerima cabaran Kukuban.
keduanya sama hebat, pertarungan berlanjutan dan akhirnya giran berjaya mematahkan kaki kiri kukuban, kukuban terasa sangat malu dan menyimpan dendam dalam hatinya untuk mennyahkan giban.
dan pada hari dato limbatang datang untuk menentekuan hari perkahwinan Giran dan suri, kukuban telah membantah dan telah menghalau dato limbatang, adik beradik yang lain memang selama ini tidak berani membatah kata kukuban.
giran dan sari sangat bersusah hati, satu malam mereka bertemu di tepi sungai dan mula membincangkan apakah yang harus mereka buat untuk memujuk abang mereka, malangnya entah bagaimana, sebatang ranting telah menusuk ke paha suri sahingga koyak kainnya, giran cuba membantu, malangnya saat itu kukuban datang bersama adik beradik yang lain dan juga orang kampung.
walaupun keduanya merayu dan mengaku yang mereka tidak berbuat apa-apa, namun kesaksian semuanya melihat giran mengusap-ngusap paha sani daqn ini dianggap melanggar adat kampung mereka, sebagai hukuman untuk mengelakkan sial, keduanya harus di campak kedalam kawah di puncak gunung tinjau.
ketika mahu menjalani hukuman itulah suri telah berseru,“Ya Tuhan! Mohon dengar dan kabulkan doa kami. Jika kami memang benar-benar bersalah, hancurkanlah tubuh kami di dalam air kawah gunung yang panas ini. Akan tetapi, jika kami tidak bersalah, letuskanlah gunung ini dan kutuk Bujang Sembilan menjadi ikan!”
sebaik sahaja keduanya di tolak masuk ke dalam kawah gunung tinjau, gunong itu meletus, tak seorang pun yang selamat dan bujang sembilan telah menjadi ikan.....
walau apa pun lagendanya, ianya memang tempat yang sangat cantik dan di sarankan bagi yang nak honeymoon di luar negara, x payah lah g jauh2... pergilah kesana.....
No comments:
Post a Comment