Saturday, 18 June 2011

selamat hari bapa Abah...



Suhadis haji abu bakar, bukanlah ayah kandungku, tetapi lelaki inilah yang telah menjadikan aku sebagaimana aku sekarang ini.... menjadikan aku manusia yang cekal tabah atas nasihat dan ingatan-ingatannya tentang hidup yang di bisikkan ketelinga ku semala hayatnya.

Suhadis Abu bakar, sekolah setakat darjah 6, ditawarkan jadi guru menolak kerana harga getah waktu itu katanya sangat tinggi dan lebih dari gaji seorang guru.

aku hadir dalam hidupnya setelah tangan keramatnya mengangkat aku dari tempat buangan seterusnya memberikan sepenuh kasih sayangnya padaku.aku hidup dengan asuhan tangannya dan dia yg ku panggil abah, sentiasa menyebelahi aku walaupun kadang terpaksa bertegang urat dengan mak.

abah mengajar aku menjadi manusia tabah dan kerah..( dua anak kandungnya perempuan) aku diajar membuat kerja-kerja kebun,memetik kopi, mengupas kelapa, mengecat rumah, bertukang dan paling istimewa membetulkan injen kereta ( itulah sumberpemdapatannya, dikg sijangkang ayah dikenali sebagai kadis pomen).pendeknya dimana abah melangkah adalah aku...

kerana kami hidup dikelilingi para santri, hidup kami dalam lingkungan mualim dan penuh keislaman, waktu aku ambil keputusan untuk bergiat dalam teatre, semua membantah, tapi abah masih mampu memberikan aku sokongan, ketika pementasan pertama ku di padang sekolah, bersama Mohd Yazid Naim, miskan sarbini ( keduanya dah jadi org kuat di RTM) abah yang selama ini tidak pernah mau hadir dipadang untuk menonton telah menjejakkan kakinya di tengah padang memberi sokongan padaku.

Bagitu juga bila aku mula bergiat dalam kumpulan nasyid, orkes sinar mutiara-selalu masuk tv masa tu, abah sanggup membuka pintu seawal jam 2-3 pagi menyambut aku balik latihan.bagitu juga waktu cerpen pertama ku keluar di majalah kisah cinta, abahlah orang paling gembira dengan membeli semua majalah di kedai dan dihadiahkan kepada kawan-kawannya...

aku pernah bertanya kepadanya, mengapa abah sayangkan aku, sedangkan aku bukan anak dia yang sebenarnya... dan abah menjawabnya " abah kena sayangkan kau lebih kerana dengan kau ada dua amanah yang abah bawa.... amanah keluarga kamu, walau abah tak tahu siapa mereka dan amanah Allah... anak2 anak abah amanah Allah dan abah tau bagaimana nak menjaga amanah itu..."
ketika keluarga lain memeprkatakan tindakan ku yang tidak seperti mereka- aku bertanya abah, kenapa abah bagitu percaya dengan aku- memberikan kebebasan padaku...jawabnya " kalau abah kurong kau dalam almari kaca pun, kalau hati kau x jujur , kau akan buat juga benda yang merosakkan, abah tahu sejauh mana hati kamu..insaallah kamu x akan malukan abah..." bagitulah keyakinannnya yang sangat tinggi di berikan padanya...padaku..

kini sudah lebih 20 tahun abah kembali pada NYA, meninggalkan aku dan tidak sempat melihat semua keyayaan yang aku perolehi hasil dari keyakinan dan kekuatan yang dia berikan. Aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa padfanya, jasanya terlalu besar meskipun dia hanya ayah angkat, kerana tampa tangannya yang mengutip aku dibawah pokok kopi dengan badan penuh kudis dan di tinggalkan oleh mereka yyang jijik melihat aku masa tu, aku tidak akan berada dimana aku berada hari ini,.

Moga abah ditempatkan di kalangan para ambia....

alfatihah buat abah

dan selamat hari bapa buat semua bapa di dunia ini (abah yang bersongkok)

No comments:

Post a Comment