walaupun ianya pernah ku tulis di nota, atas permintaan seorang teman..aku tuliskan disini....
salahkah aku...
pertanyaan itu berulang kali menerjah di dalam kotak fikiran ku yang dikatakan tidak pernah punya fikiran.selama ini aku hanya menuruti apa sahaja kehendaknya, mereka langsung tidak pernah mahu tahu apa sebenarya yang aku inginkan.
aku juga di cipta oleh Allah, dengan hak- hak kehidupan yang sama seperti mereka, aku punya hak untuk menikmati kebahagian, keselesaan dan kesenangan, aku akui, kelemahanku yang utama ialah terlalu bergantung kepada mereka untuk mendapatkan semua kesenangan dan kemewahan hanya dengan memberikan kemanjaanku kepada mereka, rela diri dibelai, digumal, dan di perlakukan sesuka hati semata-mata kerena mahu menunpang keselesaan hidup.
memang aku bertuah jika dibandingkan kawan-kawan lain yang terpaksa menyelongkar tong sampah, yang terpaksa mencari suap nasi di pinggir jalan di tepian longkang yang hanyir dan kehidupanku yang serba mewah ini di ccemburu oleh mata-mata yang melihatku.aku sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada ku melaluinya.tapi apakah di sebabkan semua kemewahan dan keselesaan ini menyebabkan aku terpaksa membayar semuanya dengan menidakkan naluriku?
salahkah aku jatuh cinta dengan jantan gagah yang kini membenihkan nikmat cinta?"apa.. dia bunting? ahh.. tidak..sapa nak terima anaknya.. buang saja!", hukuman yang tiba-tiba melenyapkan rasa hornat aku , keputusan yang membuat aku menyadarai mereka lebih binatang dari binatang tampa mereka sadar.
"esok bawak dia ke klinik- kita gugurkan kandungannya.." mampukan aku menahan tangisanku , bila menyadari hasil cinta dan kasih sayang yang menjadi hak ku akan dirampas? apakah yang harus aku lakukan...aku tidak mahu kehilangn benih cinta ini walaupun jantan sudah pergi meninggalkan aku entah kemana...tetapi aku masih boleh membina sebuah keluarga, aku mahu anak-ku lahir dengan penuh kasih sayang, aku tidak sanggup melalui hari esok tampa anak ini... aku sayangkan anak ku, anak hasil cinta membara, anak yang akan menjadi penyambung generasiku, anak yang aku akan berkoban untuknya..anak yang membawa seribu erti dalam hidupku... dan kenapa aku harus kehilangannya hanya kerana satu keegoan, satu hukuman yang tidak wajar.
aku mengambil keputusan untuk melangkahkan kaki keluar dari rumah gadang itu, biarkah aku merempat di tepi jalan asalkan aku dapat bersama dengan anak ku ini...anak ini adalah amanah dan anugerah Allah kepadaku, dan aku akan mempertahankannya,aku mahu melahirkan dia, mahu menjaganya dan mahu dia menjadi kebanggaan ...aku rela menggadai nyawa demi anak yang aku kandung ini...aku sesekali tidak sanggup untuk membuangnya,,, aku bukan macam mereka yang sanggup membuang anak di merata tempat, walaupun mereka kata aku tak berfikiran, rasanya tindakan aku ini jauh lebih baik dari merek yang berfikir tapi tidak bijak dalam tindakan.
hujan turun sangat lebat, bagaikan ganti air mataku yang gugur, seakan tahu remok redamnya perasaanku saat ini, meninggalkan semua kemewahan hidup demi anak pengikat cinta...tubuh ku mula di cengkam kesejukan, ketar dan gigil... mujurlah aku terandangkan sebuah perhentian bas, ku gagahkan kaki ku melangkah ke sana....
ada seorang perempuan tua dan seorang perawan cilik berpakaian compang camping di perhentian itu.sebaik sahaja aku menghampiri, perawan cilik itu memandag aku..
"nek...kesiannya nek...dah lah mengandung, basah lak tu..."
perawan itu menghulurkan tangannya kepadaku, ada ke ikhlasan diwajah perawan cilik itu.
"sian dia nek....dahlah mengandung... kucing sapalah nie ya nek...."
No comments:
Post a Comment