Saturday, 10 September 2011

MEE BERIYANI



Bahan-Bahan:
mee kuning ikut suka
100 gm tauge
200 gm udang
200 gm daging (dihiris)
100 gm sawi (dihiris)
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)

1 mangkuk stok daging
2 biji keledek (rebus & dilecek)
2 ulas bawang putih (dblen)
2 sudu besar cili kisar

3 sudu rempah beriani

2 sudu cili kering yg sudah di blen
2 inci halia ( blen)

2 inci lengkuas muda (blen)

3 batang serai

1/2 cawan udang kering di blen
Garam & minyak masak


cara membuatnya.

1. basuh mee dan kemudiannya di tapis -gaulkan dgn minyak zaiton atau minyak jagung.

2. panaskan minyak. tumiskan semua bahan kisar dan blen juga cili dan rempah beriani dan serai.

3. kacau hingga pecah minyak barulah masukkan stok daging, daging dan juga fish cake ( anda juga boleh masukkan sotong ke ayam, fish ball ke ,..ikut suka anda...

4. biarkan menggelegak barulah masukkan ubi kentang atau pun keledek yg sudah di di kisar.

5. rasakan garam, cula dan apa sahaja ikut suka anda..

6. Celor sawi dan tauge...


untuk hiasan;

bawang goreng

telor ayam

daun bawang
cili merah

Thursday, 28 July 2011

BOMOH DAN JODOH

sampai sekarang nie, masih ramai gak org yang masih percaya dengan keupayaan bomoh untuk mendapatkan sesuatu..mungkin terikut-ikut sebab kat tv sekarang ni banyak dah kisah2 hantu dan bomoh nie.. macam-macam hantu dah ada,,sampai hantu ori dah x kenal suku sakat dia dengan kemunculan hantu ciptaan baru! jadi sesetangah org yang memangnya suka dengan perkara karut marut ni pun apalagi.. ada berdetik sikit yg dirasakan perlu tapi susah mendapatkannya.. ha jumpa lah bomoh.
kisahnya seorang kawan.. rupa ada, gaya ada tapi poket x ada isi.. keinginan nak berbini dah ada.. mengadu nasipnya kat seorang bomoh terkenal di perak nun... dimandikan bunga... di asap kemenyankan dan kemudiannya di bagi beberapa ketulan batu yang berbungkus kain putih.. sebesar guli..katanya, mana-mana perempuan yg kau berkenan, baling je dengan kain ni..insaallah.dia akan mengikut kau...balik kekl,kawan ni terjumpa sorang perempuan, boleh tahan cantiknya... apalagi dia nak try dulu.. kalau ok..dia akan cari yg betul-betul punya...keputusan ditangan dia.. dia boleh pilih.. yg ni nak try-try je... niatnya.sekali baling-mengena. perempuan tu menoleh dan senyum.. si kawan berdetap detup hatinya. keyakinannya pada bomoh tu meninggi...maka kehulu kehilirlah seharian dengan perempuan tu, makan, tengok wayang, dari berpandangan mula berpegang tangan dan kemudiannya leh lagi rengan-rengan..
malam menjelang, kami yang sedang makan di sebuah warung terkejut dengan kawan ni dan aweknya... kami panggil dan dia datang.. dengan bangga dia kenalkan aweknya.. kami berempat nie saling berpandangan- kami amat-amat kenal dengan awek dia tu, ketika perempuan tu ke bilik air, aku bertanya mana kenal. dia pun ceritalah dengan banggnya bagaimana dia mengenakan awek tu.. siap puji-puji lagi keberkesanan dan kehebatan bomoh tu. kami pakat gelak- dia pun gelak. dia ingat kami gelak kerana kagum dengan cara dia sedangkan kami gelak kerana kebodohan dia hahahahaha.
lalu dalam gelak tu member x tahan, terus saund" kalau perempuan tu x payah kau susah payah pegi jumpa bomoh.. dia tu memang senang diangkut, sapa-sapa pun boleh bawak dia.. bukannya betul perempuan tu.. dia tu gila meroyan..."
kawan terpinga-pinga.. muka x puas hati...lalu aku beritau dia, "kau ingat x yg aku cerita pada kau pasal perempuan yang mandi bogel kat air pancut dekat jalan nak menghala ke ceras. perempuan tulah.." dalam pada dia masih x percaya tu.. tuan punya warung tempat kami minum marah-marah.. menjerit kat awek kawan nie... "hoi.. nak kencing pun tempat lainlah. jamban ada.. ni kencing lak dalam besen air orang-- gila ke?"
member melihat aweknya datang menuju ke arah meja kami dengan senyum dan lenggoknya, apalagi.. x cukup tanah kawan lari dan buat awek tu tercengang-cengang..
kami heheheheheh..sebenarnya dalam apa pekerjaan yang kita nak buat.. kita kena usul periksa terlebih dulu.. biar ambik masa sedikit asalkan hasilnya dapat memuaskan hati.. jangan pakai hentam keromo dan nak mudah, nak cepat hingga cuba meminta bantuan dari hamba allah gak..kita ada DIA, yang pengasih dan penyayang, kenapa tak terus sahaja mohon dan mintak pada DIA. Dia tak pernah pun menghampakan harapan hambanya cuma kita kena rajin mintak, janganlah minta sesekali terus nak dapat... kena mintak selalu, jangan mintak jarang-jarang...macam kita lah mintak kat ayah.. bah mintak rm5 nak beli buku.. ayah hulur lah 5 je.. cuba kata yah mintak duit nak beli buku.. ayah tanya berapa? x taulah yah.. rasanya lebih dari rm 5.. ayah hulur rm 10, so.. cam tu gak lah ..mintak ni pun kena ada caranya...jdi dalam hidup ni bagitulah, berusaha dan memohon pertolongan dari DIA adalah satu cara yang paling baik untuk mendekatkan kita padaNYA. kita dekat DiA dekat dan kalau kita jauh DIA pun akan jauh... terutamanya dalam memilih soal jodoh, ada ketikanya kita cuma ada pertemuan tapi tidak ada jodoh, jadi pada yang ada pertemuan dan jodoh satu pesan saya"telitilah watak seseorang sebelum kau meletakkannya di tahta hati"

Wednesday, 6 July 2011

demi anak ini

walaupun ianya pernah ku tulis di nota, atas permintaan seorang teman..aku tuliskan disini....
salahkah aku...
pertanyaan itu berulang kali menerjah di dalam kotak fikiran ku yang dikatakan tidak pernah punya fikiran.selama ini aku hanya menuruti apa sahaja kehendaknya, mereka langsung tidak pernah mahu tahu apa sebenarya yang aku inginkan.
aku juga di cipta oleh Allah, dengan hak- hak kehidupan yang sama seperti mereka, aku punya hak untuk menikmati kebahagian, keselesaan dan kesenangan, aku akui, kelemahanku yang utama ialah terlalu bergantung kepada mereka untuk mendapatkan semua kesenangan dan kemewahan hanya dengan memberikan kemanjaanku kepada mereka, rela diri dibelai, digumal, dan di perlakukan sesuka hati semata-mata kerena mahu menunpang keselesaan hidup.
memang aku bertuah jika dibandingkan kawan-kawan lain yang terpaksa menyelongkar tong sampah, yang terpaksa mencari suap nasi di pinggir jalan di tepian longkang yang hanyir dan kehidupanku yang serba mewah ini di ccemburu oleh mata-mata yang melihatku.aku sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada ku melaluinya.tapi apakah di sebabkan semua kemewahan dan keselesaan ini menyebabkan aku terpaksa membayar semuanya dengan menidakkan naluriku?
salahkah aku jatuh cinta dengan jantan gagah yang kini membenihkan nikmat cinta?"apa.. dia bunting? ahh.. tidak..sapa nak terima anaknya.. buang saja!", hukuman yang tiba-tiba melenyapkan rasa hornat aku , keputusan yang membuat aku menyadarai mereka lebih binatang dari binatang tampa mereka sadar.
"esok bawak dia ke klinik- kita gugurkan kandungannya.." mampukan aku menahan tangisanku , bila menyadari hasil cinta dan kasih sayang yang menjadi hak ku akan dirampas? apakah yang harus aku lakukan...aku tidak mahu kehilangn benih cinta ini walaupun jantan sudah pergi meninggalkan aku entah kemana...tetapi aku masih boleh membina sebuah keluarga, aku mahu anak-ku lahir dengan penuh kasih sayang, aku tidak sanggup melalui hari esok tampa anak ini... aku sayangkan anak ku, anak hasil cinta membara, anak yang akan menjadi penyambung generasiku, anak yang aku akan berkoban untuknya..anak yang membawa seribu erti dalam hidupku... dan kenapa aku harus kehilangannya hanya kerana satu keegoan, satu hukuman yang tidak wajar.
aku mengambil keputusan untuk melangkahkan kaki keluar dari rumah gadang itu, biarkah aku merempat di tepi jalan asalkan aku dapat bersama dengan anak ku ini...anak ini adalah amanah dan anugerah Allah kepadaku, dan aku akan mempertahankannya,aku mahu melahirkan dia, mahu menjaganya dan mahu dia menjadi kebanggaan ...aku rela menggadai nyawa demi anak yang aku kandung ini...aku sesekali tidak sanggup untuk membuangnya,,, aku bukan macam mereka yang sanggup membuang anak di merata tempat, walaupun mereka kata aku tak berfikiran, rasanya tindakan aku ini jauh lebih baik dari merek yang berfikir tapi tidak bijak dalam tindakan.
hujan turun sangat lebat, bagaikan ganti air mataku yang gugur, seakan tahu remok redamnya perasaanku saat ini, meninggalkan semua kemewahan hidup demi anak pengikat cinta...tubuh ku mula di cengkam kesejukan, ketar dan gigil... mujurlah aku terandangkan sebuah perhentian bas, ku gagahkan kaki ku melangkah ke sana....
ada seorang perempuan tua dan seorang perawan cilik berpakaian compang camping di perhentian itu.sebaik sahaja aku menghampiri, perawan cilik itu memandag aku..
"nek...kesiannya nek...dah lah mengandung, basah lak tu..."
perawan itu menghulurkan tangannya kepadaku, ada ke ikhlasan diwajah perawan cilik itu.
"sian dia nek....dahlah mengandung... kucing sapalah nie ya nek...."

Saturday, 18 June 2011

selamat hari bapa Abah...



Suhadis haji abu bakar, bukanlah ayah kandungku, tetapi lelaki inilah yang telah menjadikan aku sebagaimana aku sekarang ini.... menjadikan aku manusia yang cekal tabah atas nasihat dan ingatan-ingatannya tentang hidup yang di bisikkan ketelinga ku semala hayatnya.

Suhadis Abu bakar, sekolah setakat darjah 6, ditawarkan jadi guru menolak kerana harga getah waktu itu katanya sangat tinggi dan lebih dari gaji seorang guru.

aku hadir dalam hidupnya setelah tangan keramatnya mengangkat aku dari tempat buangan seterusnya memberikan sepenuh kasih sayangnya padaku.aku hidup dengan asuhan tangannya dan dia yg ku panggil abah, sentiasa menyebelahi aku walaupun kadang terpaksa bertegang urat dengan mak.

abah mengajar aku menjadi manusia tabah dan kerah..( dua anak kandungnya perempuan) aku diajar membuat kerja-kerja kebun,memetik kopi, mengupas kelapa, mengecat rumah, bertukang dan paling istimewa membetulkan injen kereta ( itulah sumberpemdapatannya, dikg sijangkang ayah dikenali sebagai kadis pomen).pendeknya dimana abah melangkah adalah aku...

kerana kami hidup dikelilingi para santri, hidup kami dalam lingkungan mualim dan penuh keislaman, waktu aku ambil keputusan untuk bergiat dalam teatre, semua membantah, tapi abah masih mampu memberikan aku sokongan, ketika pementasan pertama ku di padang sekolah, bersama Mohd Yazid Naim, miskan sarbini ( keduanya dah jadi org kuat di RTM) abah yang selama ini tidak pernah mau hadir dipadang untuk menonton telah menjejakkan kakinya di tengah padang memberi sokongan padaku.

Bagitu juga bila aku mula bergiat dalam kumpulan nasyid, orkes sinar mutiara-selalu masuk tv masa tu, abah sanggup membuka pintu seawal jam 2-3 pagi menyambut aku balik latihan.bagitu juga waktu cerpen pertama ku keluar di majalah kisah cinta, abahlah orang paling gembira dengan membeli semua majalah di kedai dan dihadiahkan kepada kawan-kawannya...

aku pernah bertanya kepadanya, mengapa abah sayangkan aku, sedangkan aku bukan anak dia yang sebenarnya... dan abah menjawabnya " abah kena sayangkan kau lebih kerana dengan kau ada dua amanah yang abah bawa.... amanah keluarga kamu, walau abah tak tahu siapa mereka dan amanah Allah... anak2 anak abah amanah Allah dan abah tau bagaimana nak menjaga amanah itu..."
ketika keluarga lain memeprkatakan tindakan ku yang tidak seperti mereka- aku bertanya abah, kenapa abah bagitu percaya dengan aku- memberikan kebebasan padaku...jawabnya " kalau abah kurong kau dalam almari kaca pun, kalau hati kau x jujur , kau akan buat juga benda yang merosakkan, abah tahu sejauh mana hati kamu..insaallah kamu x akan malukan abah..." bagitulah keyakinannnya yang sangat tinggi di berikan padanya...padaku..

kini sudah lebih 20 tahun abah kembali pada NYA, meninggalkan aku dan tidak sempat melihat semua keyayaan yang aku perolehi hasil dari keyakinan dan kekuatan yang dia berikan. Aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa padfanya, jasanya terlalu besar meskipun dia hanya ayah angkat, kerana tampa tangannya yang mengutip aku dibawah pokok kopi dengan badan penuh kudis dan di tinggalkan oleh mereka yyang jijik melihat aku masa tu, aku tidak akan berada dimana aku berada hari ini,.

Moga abah ditempatkan di kalangan para ambia....

alfatihah buat abah

dan selamat hari bapa buat semua bapa di dunia ini (abah yang bersongkok)

Friday, 17 June 2011

semarakkan bahasa ibunda...

dimana-mana pun sekarang ini masaalah sama. kaum apa pun di Malaysia ini khasnya..masing-masing komuniti mula kehilngan bahasa ibunda mereka- seperti juga negara kita Malaysia yang sudah mula kehilangan basa melayunya.
bagitu juga suku kaumnya, jawa, banjar, malah masyarakat orang asli, semai, jakun, temuan dan yang lain-lain, bagitujuga pribumi di sabah dan sarawak, masing-masing mengalami perubahan bahasa sahinggakan bahasa ibunda sudah mula jauh ....
anak-anak masa kini, generasi baru sudah kehilangan identiti bahasa. yg jawa dah tak reti cakap jawa, yang banjar juga bagitu, malah ada anak India yang sudah tidak pandai berbahasa India, pendeknya semua bangsa diMalaysia mengalami perubahan dan apakah mungkin nati wujud satu bahasa lain diantara mereka di Malaysia?
ketika saya dipadang , bukit tinggi Indonesia baru-baru ini, saya kagum dengan bahasa mereka yang sangat kuat dipertahankan, anak-anak mudanya masih mampu berbahasa minangkabau dengan baik, malah pelajar asing dari afrika, australia dan juga eropah yang bekajar di sana di wajibkan lulus bahasa minang untuk mereka meneruskan pengajian, dan terpegun saya melihat satu kumpulan pelajar asing menyanyi dan menarikan tarian randai dalam bahasa minang pekat.
mereka langsung tidak diberikan ruang untuk bercakap inggeris, berbual dan belajar dalam bahasa indonesia, tetapi bagaimana kita di sini...
kita yang terpaksa akur untuk berbahasa ingrish dengan mereka, malah ada warga luar yang sudah 10 tahun duduk di malaysia hanya tahu mengucapkan sayang dan terima kasih.dan paling sedih ada warga yang lahir di negara ini tidak tahu langsung bercakap melayu...
langkah apakah lagi yang harus kita ambil untuk kembali mendaulatkan bahasa melayu dikalangan masyarakat baru dinegara kita ini?
bagitu juga dengan anak-anak dari suku kaum dinegara kita, jawa, banjar dan lain-lain yang sudah langsung tidak tahu untuk bertutur dalam bahasa yang menjadi susur galur keturunannya selama ini.saya sangat mengharapkan agar ada diantara mereka dalam komuniti kaum-kaum ini yang mahu berusaha untuk terus mempertabatkan bahasa-bahasa ibunda ini supaya ianya tidak hilang bagitu sahaja dan sejarah tinggal nama sahaja..
disamping kita terus mendaulatkan bahasa melayu, marilah kita jufga terus mempertahankan bahasa yang telah menjadi akar tunjang kehidupan kita...

Thursday, 16 June 2011

Meet Batek People Slideshow

Meet Batek People Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Meet Batek People Slideshow ★ to Pahang, Rizab Melayu Hulu Tembeling (near Kuala Tahan) and Kelantan. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

aku si tukang sapu....

hari ini aku kekajang... ada sedikit urusan. namun ketik sampai dilebuh raya, tetiba aku terlihat sebuah kereta yang lalu membaling plastik air kepada seorang tukangsapu yang sedang bekerja.....sekaligus memoriku terbang 21 tahun lalu, 1990 ketika aku juga bekerja sebagai tukang sapu di sekitar kawasan subangjaya dan lebohraya persekutuan...waktu itu... tukang spau hanya berpendapaqtan rm80 ringgit sebulan... bayangkanlah, sukar dan sulitnya kehidupan kami....berpanas..dengan kereta yg berdesap berdesup, seolah kami nie tak wujud, paahal ada waktunya kami dok letakkan papan tanda, memberitahu kehadiran kami nie...bagitulah, waktu itu aku sedang menyapu di persimpangan antara subangjaya dan jalan menghala ke lapangan terbang lama,bila tiba-tiba dadaku dibaling dengan palastik air, x ada rasa timbang rasa langsung mereka yang duduk dalam keta berjenama luar negara tu...selalunya bagitulah, kehadiran buroh ditepian jalan nie tak ada sapa pun yang peduli... mereka-mereka yang berkereta tu (walaubukan semua, tapi kebanyakannya) ikut senang depa aje mencampak apa sahaja keluar tingkap. dan paling aku hangat bila ada yang kata...eleh..tukang sapu ada..nanti depa tak ada kerja..heii kawan..tolongla mengerti yea... walaupun kami nie hanyalah rukang sapu tepi jalan, kerja kami banyak weiii.... pasir2 kat jalan yang dijatuhkan oleh lori curi pasir tu, yang buat setengah tokey pasir kaya raya tu, kamilah yg sapu dan buang supaya tak ada motosikal yang dipanndu mat rempit tu jatuh dan menyebabkan kemalangan dan kehilangan jiwa orang yg tak berdosa....parityg sumbat, yang ada kalanya disebabkan oleh tokey-tokey restoren yg tak reti bagi motivasi ket pekerjanya supaya jangan buang sisa makanan dalam longkang tu pun sebahagian dari tugas kami, supaya rumah-rumah anda x lah kena banjir kilat bila hujan lebat.daun-daun sampah yg berguguran yg ditanah untuk menghijaukan bandar, supaya penghuninya sehat sejahtera pun kerja kami jugak, jadi janganlah kata kami ne tak ada kerja sahingga kalian senang-senang nak mencampakkan sampah dari dalam keta.sebenarnya tahap sivik masyarakat kita nie memangnya memualkan, mampu beli keta ratusan ribu, takkan lah nak letak plastik sampah yg hanya berapa sen dalam keta tu tak boleh kan.... macam-macam pakai campak kuar keta, malah paling memualkan bila ada yag bawak sampah dari rumah, pastu campak tepi jalan..manusia dari planet mana agaknya depa nie kan...Dan kejadian tadi tu jelas membuktikan rupanya dari tahun 1990 hingga sekarang 2011, keadaan masih sama. sivik masyarakat masih rendah walau kerajaan dah jenuh rasanya buat kempen kesedaran, apa kata kalau mereka-mereka yang jenis nie dikenakan tindakan, kita tangkap dan rumah mereka kita longgokkan sampah?