Seminggu bersama Kanang di rumahnya di Sri Aman,Kucing, Sarawak, aku melihat bukan setakat semangat perjuangannya, tetapi yang paling mengujakan aku adalah cinta yang kembang mekar di jiwa kanang dan isterinya Elin Latai anak Ini.kehidupan yang dilalui dengan gurau senda, usik mengusik menjadikan warna cinta mereka tidak pernah pudar.
Mereka mengharungi saat suka dan duka bersama. kasih sayang mereka tergambar pada pandangan, lirikan dan gurauan serta usikan yang sangat semula jadi-tidak mengada-ngada, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak keterlaluan.
Elin menerima Kanang seadanya- perkahwinan yang di atur oleh kedua orang tua mereka-mereka langsng tidak saling kenal mengenali kerana mereka berpegang kuat pada adat dan tradisi kaum Iban waktu itu, bukan menjadi penghalang kepada kecintaan yang tebal dihati masing-masing.
walaupun pada malam persandingan mereka, kanang dipanggil bertugas ke sempadan-waktu itu saat konfrantasi malaysia- indonesia dan kanang merupakan seorang pengesan jejak dalam sarawak ranjer, Elin menghadapinya dengan tabah- pelamin yang dibena tidak di dudukinya-kanang kembali dua minggu kemudiannya dan mereka tidak sempat bersanding dipelamin.
Elin jug menerima kadang dengan segala sikap burok dan baik kanang- elin menerima sikap-sikap semula jadi yang ada dalam diri Kanang- tidak membesarkan perkara remeh yang boleh di selesaikan dengan perbincangan, Elin percaya dengan satu ketetapan-walau kemana kanang pergi-walau dengan siapa kanang bertemu janji-dia adalah isteri.Dan dia berada dihati kanang dalam apa juga keadaan.
Elin menjadi tulang belakang Kanang- disebalik keberanian dan kepewiraan Kanang, Elin adalah tunggaknya, kini mereka menghabiskan masa berdua dimana sahaja, kesawah, ke pekan sri Aman bersarapan malah mereka tidak berenggang walau sesaatpun mengabadikan cinta yang masih tetap subur, mekar dan kembang di hati masing-masing.
Masing-masing tetap bersemangat bila bercerita tentang perjuangan lampau- seolah-olah apa yang berlaku belaan tahun lalu, barusahaja sesaat mereka tempuhi...sesungguhnya cinta mereka yang di sulami dengan bunga-bunga kasih, Agustine, Abine, Marryline, pouline, judith dan Lani semakin berkembang dengan kehadiran cucu-cucu yang mewarnai masa senja mereka...
cinta yg suci dibawa mati, biar bercerai nyawa dari badan...cinta tetap dibawa bersame. itulah nilai cinta yg hakiki. bukan dipakse atau terpakse...menerime seadanye disamping kejujuran menjadi pakaian...
ReplyDelete